Friday, 22 July 2011

Pemuliharaan Alam Sekitar....


Kini,Kerajaan telah melancarkan program Pemuliharaan Alam sekitar....


  
Sebaik sahaja sesuatu tapak disyaki tercemar, penilaian pencemaran perlu dilakukan. Penilaian itu seringnya bermula dengan penyediaan Penilaian Tapak Persekitaran Fasa I. Penggunaan sejarah tapak dan bahan-bahan yang digunakan dan dihasilkan di tapak itu dapat memandu strategi penilaian serta jenis pensampelan dan analisis kimia yang perlu dilakukan. Tapak-tapak berhampiran yang dimiliki oleh syarikat yang sama atau yang ditebus guna, diratakan atau diisi dengan tanah juga boleh mengalami pencemaran walaupun guna tanah terkini kelihatan tidak berbahaya. Misalnya, sebuah tempat letak kereta mungkin diratakan dengan menggunakan sisa terkontaminasi. Yang juga perlu dipertimbangkan iala pemalaan tanah di tapak-tapak berhampiran yang diakibatkan oleh pancaran berdekad-dekad pada tanah, air bumi, dan udara. Habuk siling, tanah atas, air permukaan dan air bumi di harta tanah juga harus diuji, kedua-dua sebelum dan selepas sebarang pemulihan. Bagaimanapun, langkah ini sering merupakan suatu langkah yang penuh dengan perbalahan kerana:
  1. Tiada orang yang ingin membayar kos pembersihan tapak;
  2. Jika harta tanah yang berhampiran didapati tercemar, dapatan itu akan dicatat pada hak milik tanah dan mungkin boleh menjejaskan nilai harta tanah itu;
  3. Tiada orang yang ingin membayar kos penilaian.
Perbadanan-perbadanan yang membuat laporan ujian sukarela pada tapak mereka seringnya dilindungi oleh agensi alam sekitar daripada diumumkan di bawah Freedom of Information Act (Akta Kebebasan Maklumat). Walaupun demikian, siasatan "Kebebasan Maklumat" seringnya akan mengumumkan dokumen-dokumen lain yang tidak dilindungi atau akan merujuk kepada laporan ujian sukarela tersebut.

Terdapat banyak teknologi pemulihan alam sekitar yang berbeza-beza. Kesemua teknologi tersebut boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kaedah ex situ dan kaedah in situ. Kaedah ex situ membabitkan penggalian tanah yang terjejas dan kemudiannya perawatan tanah di permukaan bumi, manakala kaedah in situ merawat kontaminasi tanpa sebarang pemindahan tanah.
   
Pendekatan pemulihan yang lebih tradisional (digunakan pada tapak terkontaminasi sebagai pendekatan yang paling popular dari 1970-an sehingga 1990-an) terdiri terutamanya daripada penggalian dan pelupusan tanah sehingga "korek dan buang" tanah isian serta "pam dan rawat" air bumi. Sebaliknya, teknologi in situ merangkumi pemejalan dan penstabilan dan merupakan kaedah yang paling popular di Amerika Syarikat.

Penggalian atau pengorekan

Proses penggalian boleh mengambil bentuk semudah memindahkan tanah terkontaminasi ke tanah isian yang teratur. Walau bagaimanapun, jika adanya sebatian organik meruap (VOC), pengudaraan bahan korek perlu dilakukan. Tambahan lagi, pengorekan lumpur teluk dan tanah liat kelodak yang terkontaminasi juga perlu dilakukan jika pemalaan menjejaskan dasar sungai atau dasar teluk.

Pemulihan akuifer diperkuat surfaktan (SEAR - surfactant enhanced aquifer remediation)

Juga dikenali sebagai "pelarutan dan pemulihan", proses "pemulihan akuifer diperkuat surfaktan (SEAR) membabitkan penyuntikan agen pengurangan hidrokarbon atau surfaktan khusus ke dalam subpermukaan bagi meningkatkan penyaherapan dan pemulihan cecair fasa tak akueus (NAPL) yang terikat rapat.
Bagi bentukan geologi yang membenarkan penghantaran agen pengurangan hidrokarbon atau surfaktan khusus, pendekatan ini memberikan penyelesaian yang kos-berkesan dan kekal kepada tapak-tapak yang dahulunya tidak dapat diselesaikan dengan pendekatan-pendekatan pemulihan yang lain. Teknologi ini juga amat berkesan apabila digunakan sebagai langkah pertama dalam pendekatan pemulihan berbilang faset yang menggunakan SEAR diikuti oleh pengoksidasian in situ, peningkatan biopemulihan atau pengekstrakan wap tanah (SVE).

Penstabilan tanah

Kerja pemejalan/penstabilan memiliki rekod prestasi yang agak baik, akan tetapi ia juga memiliki kelemahan yang serius yang berkenaan dengan ketahanan penyelesaian dan kesan jangka panjang yang berpotensi. Tambahan lagi, pemancaran CO2 yang diakibatkan oleh penggunakan simen juga merupakan suatu halangan yang utama terhadap penggunaannya secara meluas dalam projek-projek pemejalan/penstablilan.
Pemejalan/penstablilan (S/S) ialah teknologi pemulihan/perawatan yang bergantung kepada tindak balas antara pengikat dengan tanah untuk menghentikan/mencegah atau mengurangkan kebolehgerakan bahan pencemar.
  • Penstablilan - membabitkan penambahan bahan uji kepada bahan terkontaminasi (misalnya tanah atau enap cemar) untuk menghasilkan juzuk-juzuk yang lebih stabil secara kimia; dan
  • Pemejalan - membabitkan penambahan bahan uji kepada bahan terkontaminasi untuk memberikan kestabilan fizikal/berdimensi bagi membendung bahan pencemar di dalam produk pepejal dan menyekat kemasukan agen luar (misalnya, udara dan hujan).
S/S lazim merupakan suatu teknologi pemulihan yang mantap untuk tanah terkontaminasi serta juga suatu teknologi perawatan untuk sisa berbahaya di banyak negara. Walau bagaimanapun, kadar penerimaan teknologi-teknologi S/S agak sederhana, akibat sebilangan halangan yang termasuk:
  • penggunaan secara meluas tanah isian yang lebih murah;
  • kekurangan bimbingan teknikal yang berwibawa tentang S/S;
  • ketakpastian tentang ketahanan dan kadar pelepasan bahan pencemar daripada bahan-bahan yang dirawati S/S;
  • pengalaman amalan buruk yang lalu dalam penggunaan proses penstabilan simen untuk melupuskan buangan pada dekad 1980-an dan 1990-an; dan
  • liabiliti sisa yang berkaitan dengan bahan pencemar pegun yang tertinggal di tapak, berbanding dengan pemindahan atau penghapusan sisa.....

Jika kita jaga Alam Sekitar sekarang tentu inilah masa depan negara:



ok.....ini saje,pilih lah sedare ye,mane satu yg anda mahu....Wallahualam....

Alam Sekitar....



Alam semula jadi merangkumi segala jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara semula jadi di bumi. Dalam pengertian yang paling tulen, ia adalah persekitaran yang tanpa kegiatan manusia. Lawannya perkataan "alam semulajadi" ialah "persekitaran terbina".
Bagi sebahagian orang, terdapat kesulitan terhadap istilah "alam semulajadi" kerana kebanyakan persekitaran semula jadi mempunyai pengaruh manusia pada satu masa atau lain, baik secara langsung atau tidak. Bagi mengatasi masalah ini, sedikit sebanyak pengaruh manusia diizin tanpa menyebabkan sesuatu landskap dikecualikan daripada status "semula jadi". Biasanyan, maksud istilah ini tergantung kepada konteksnya lebih daripada definisi yang ditentukan. Banyak persekitaran alam semula adalah hasil daripada interaksi di antara alam semula jadi dan manusia. Oleh sebab alasan ini, istilah "ekosistem" telah digunakan untuk menggambarkan persekitaran yang mengandungi alam semula jadi, termasuknya manusia. Berdasar ini, masalah persekitaran adalah masalah manusia atau sosial. Ada sebilangan orang menganggap bahawa pengasingan "persekitaran" daripada "manusia" amat berbahaya. Ini merupakan pemahaman umum yang telah menjadi dasar environmentalisme, yakni pergerakan politiksosial dan falsafah yang luas dan yang menyokong pelbagai tindakan dan dasar untuk melindungi apa-apa alam semula jadi yang tinggal, atau mengembalikan serta mengembangkan peranan alam semula jadi di persekitaran ini. Sungguhpun tanah gersang semakin jarang, alam liar (umpamanya, hutan yang tidak dikendali, padang rumput yang tidak dikerjakan, binatang liar dan bunga liar) dapat ditemui di banyak tempat yang dahulu dihuni manusia.
Matlamat yang biasanya dinyatakan oleh ahli kaji persekitaran termasuk:
  • pengurangan dan pembersihan pencemaran buatan manusia dengan matlamat pencemaran sifar pada masa hadapan;
  • pengurangan penggunaan bahan api yang tidak boleh baharu dan pembangunan alternatif yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, bahan yang berkarbon rendah atau sumber tenaga yang boleh baharu;
  • pemuliharaan dan penggunaan sumber berkurangan yang boleh kekal, seperti airtanah dan udara;
  • perlindungan ekosistem wakilan, unik ataupun asli;
  • pemeliharaan dan pengembangan spesies terancam atau ekosistem dari kepupusan;
  • penubuhan rizab alam semula jadi dan biosfera di bawah pelbagai jenis perlindungan; dan
  • pada paling umumnya, perlindungan biodiversiti dan ekosistem yang diperlu oleh semua manusia dan hidupan yang lain di bumi ini.
Baru-baru ini, terdapat rasa bimbang yang sungguh mendalam tentang pertukaran iklim yang disebabkan oleh pelepasan antroprogenik gas rumah tanaman, terutamanya karbon dioksida, dan interaksinya dengan penggunaan manusia dan alam semula jadi. Usaha-usaha telah ditumpukan terhadap pengurangan gas rumah tanaman yang menyebabkan pertukaran iklim (iaitu, melalui "Konvensyen Pertukaran Iklim" dan "Protokol Kyoto") dan penciptaan strategi penyesuaian bagi membantu spesies, ekosistem, manusia, negara dan wilayah untuk menyesuaikan diri dengan pertukaran-pertukaran iklim............

Pencemaran
              Pencemaran terbahagi kepada tiga:udara,laut dan darat....



Punca utama pencemaran air antaranya ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang najis manusia dan najis binatang ternakan seperti ayam,babi,lembu dan lain-lain ke dalam sungai.Sungai Semenyih,sebagai contoh pernah dicemari dengan puluhan ladang babi pada tahun 1980-an.
Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air di sungai-sungai di Malaysia.Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai. Pemandangan dari udara ke atas Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai,Pulau Pinang menunjukkan warna air di Sungai Juru berwarna hitam pekat apabila sampai di laut.
Petani di Cameron Highland menggunakan baja kimia dan racun serangga sehingga menjejaskan kualiti air minuman di Sungai Terla. Hotel dan rumah kongsi para pekerja tidak mempunyai sistem perparitan yang sempurna menyebabkan najis manusia tidak dirawat dengan betul. Kes ini didedahkan kepada wartawan dan ditontonkan di televisyen. Selepas itu barulah Majlis Daerah Cameron Highland turun padang untuk mengambil tindakan bagi membetulkan keadaan.
Pengilang dari Taiwan dilaporkan mengeksport sisa kimia ke Malaysia dan ditanam di kawasan terpencil di Johor,Malaysia. Beberapa negara maju membuang sisa radioaktif dengan memasukkan sisa ini ke dalam tong-tong dram sebelum membuangkannya ke dalam laut. Tindakan ini boleh merosakkan hidupan marin. Tayar-tayar buruk kononnya akan dijadikan tukun-tukun tiruan di dasar laut terutama di Laut China Selatan. Sesetengah pulau tidak mempunyai sistem pelupusan sampah. Oleh itu wujud 'pulau sampah' secara terancang atau tidak dirancang. oleh itu, kita mesti menjaga dan memulihara air kita.

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimiajirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat atau ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain, atau merosakkan alam sekitar, ke dalam dalamatmosfera. Contoh pencemar udara ialah seperti gas karbon dioksidasulfur dioksidakloroflorokarbonbau-bauan, logam toksik seperti plumbumdan tembaga dan sisa radioaktif.
Pencemaran udara antaranya berpunca dari pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozonjerebuhujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.
Kesan:

Kesihatan manusia

Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan menyebabkan inflamasi paru-paru dan keupayaan bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata manusia.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak tiga juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan.


Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.
Kesan ini akan menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada penduduk juga terganggu.Selain itu, kesan ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem.

Haiwan

Haiwan akan terancam atau mati akibat dari pencemaran udara. Ini disebabkan dari udara yang memasuki paru-paru haiwan dan makanan dari sumber tumbuhan yang tercemar kesan pencemaran udara.

]

Kesan kepada bahan adalah kerosakan berlaku akibat pencemaran udara seperti kekotoran pada pakaian, pencemaran pada permukaan dinding bangunan dan sebagainya. Ia berlaku akibat dari pengenapan asap atau zarah halus.
Hakisan logam juga merupakan kesan dari pencemaran udara akibat kehadiran sulfur dioksida di dalam udara.

[]Penyusutan lapisan ozon

Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada ais di bahagian kutub bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.

[]Hujan asid

Rencana utama: hujan asid
Hujan asid berlaku disebabkan oleh penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awan dan bergerak ke tempat-tempat lain. Asid tersebut akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di dunia. Kesannya, ia membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut juga meresap ke dalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan menjadikannya tidak subur.

[]Kesan rumah hijau dan pemanasan global

Rencana utama: kesan rumah hijau dan pemanasan global
Kesan yang paling ketara dan sedang hangat dibincangkan oleh seluruh negara kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global yang dapat dirasakan oleh seluruh dunia. Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di dalam udara.
Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitarannya menjadi panas. Penyusutan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global ini. Kesanya adalah permukaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.

[]Atmosfera

Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah mengurangkan jarak penglihatan akibat jerebu.

[