Kini,Kerajaan telah melancarkan program Pemuliharaan Alam sekitar....
Sebaik sahaja sesuatu tapak disyaki tercemar, penilaian pencemaran perlu dilakukan. Penilaian itu seringnya bermula dengan penyediaan Penilaian Tapak Persekitaran Fasa I. Penggunaan sejarah tapak dan bahan-bahan yang digunakan dan dihasilkan di tapak itu dapat memandu strategi penilaian serta jenis pensampelan dan analisis kimia yang perlu dilakukan. Tapak-tapak berhampiran yang dimiliki oleh syarikat yang sama atau yang ditebus guna, diratakan atau diisi dengan tanah juga boleh mengalami pencemaran walaupun guna tanah terkini kelihatan tidak berbahaya. Misalnya, sebuah tempat letak kereta mungkin diratakan dengan menggunakan sisa terkontaminasi. Yang juga perlu dipertimbangkan iala pemalaan tanah di tapak-tapak berhampiran yang diakibatkan oleh pancaran berdekad-dekad pada tanah, air bumi, dan udara. Habuk siling, tanah atas, air permukaan dan air bumi di harta tanah juga harus diuji, kedua-dua sebelum dan selepas sebarang pemulihan. Bagaimanapun, langkah ini sering merupakan suatu langkah yang penuh dengan perbalahan kerana:
- Tiada orang yang ingin membayar kos pembersihan tapak;
- Jika harta tanah yang berhampiran didapati tercemar, dapatan itu akan dicatat pada hak milik tanah dan mungkin boleh menjejaskan nilai harta tanah itu;
- Tiada orang yang ingin membayar kos penilaian.
Perbadanan-perbadanan yang membuat laporan ujian sukarela pada tapak mereka seringnya dilindungi oleh agensi alam sekitar daripada diumumkan di bawah Freedom of Information Act (Akta Kebebasan Maklumat). Walaupun demikian, siasatan "Kebebasan Maklumat" seringnya akan mengumumkan dokumen-dokumen lain yang tidak dilindungi atau akan merujuk kepada laporan ujian sukarela tersebut.
Pendekatan pemulihan yang lebih tradisional (digunakan pada tapak terkontaminasi sebagai pendekatan yang paling popular dari 1970-an sehingga 1990-an) terdiri terutamanya daripada penggalian dan pelupusan tanah sehingga "korek dan buang" tanah isian serta "pam dan rawat" air bumi. Sebaliknya, teknologi in situ merangkumi pemejalan dan penstabilan dan merupakan kaedah yang paling popular di Amerika Syarikat.
Penggalian atau pengorekan
Proses penggalian boleh mengambil bentuk semudah memindahkan tanah terkontaminasi ke tanah isian yang teratur. Walau bagaimanapun, jika adanya sebatian organik meruap (VOC), pengudaraan bahan korek perlu dilakukan. Tambahan lagi, pengorekan lumpur teluk dan tanah liat kelodak yang terkontaminasi juga perlu dilakukan jika pemalaan menjejaskan dasar sungai atau dasar teluk.
Pemulihan akuifer diperkuat surfaktan (SEAR - surfactant enhanced aquifer remediation)
Juga dikenali sebagai "pelarutan dan pemulihan", proses "pemulihan akuifer diperkuat surfaktan (SEAR) membabitkan penyuntikan agen pengurangan hidrokarbon atau surfaktan khusus ke dalam subpermukaan bagi meningkatkan penyaherapan dan pemulihan cecair fasa tak akueus (NAPL) yang terikat rapat.
Bagi bentukan geologi yang membenarkan penghantaran agen pengurangan hidrokarbon atau surfaktan khusus, pendekatan ini memberikan penyelesaian yang kos-berkesan dan kekal kepada tapak-tapak yang dahulunya tidak dapat diselesaikan dengan pendekatan-pendekatan pemulihan yang lain. Teknologi ini juga amat berkesan apabila digunakan sebagai langkah pertama dalam pendekatan pemulihan berbilang faset yang menggunakan SEAR diikuti oleh pengoksidasian in situ, peningkatan biopemulihan atau pengekstrakan wap tanah (SVE).
Penstabilan tanah
Kerja pemejalan/penstabilan memiliki rekod prestasi yang agak baik, akan tetapi ia juga memiliki kelemahan yang serius yang berkenaan dengan ketahanan penyelesaian dan kesan jangka panjang yang berpotensi. Tambahan lagi, pemancaran CO2 yang diakibatkan oleh penggunakan simen juga merupakan suatu halangan yang utama terhadap penggunaannya secara meluas dalam projek-projek pemejalan/penstablilan.
Pemejalan/penstablilan (S/S) ialah teknologi pemulihan/perawatan yang bergantung kepada tindak balas antara pengikat dengan tanah untuk menghentikan/mencegah atau mengurangkan kebolehgerakan bahan pencemar.
- Penstablilan - membabitkan penambahan bahan uji kepada bahan terkontaminasi (misalnya tanah atau enap cemar) untuk menghasilkan juzuk-juzuk yang lebih stabil secara kimia; dan
- Pemejalan - membabitkan penambahan bahan uji kepada bahan terkontaminasi untuk memberikan kestabilan fizikal/berdimensi bagi membendung bahan pencemar di dalam produk pepejal dan menyekat kemasukan agen luar (misalnya, udara dan hujan).
S/S lazim merupakan suatu teknologi pemulihan yang mantap untuk tanah terkontaminasi serta juga suatu teknologi perawatan untuk sisa berbahaya di banyak negara. Walau bagaimanapun, kadar penerimaan teknologi-teknologi S/S agak sederhana, akibat sebilangan halangan yang termasuk:
- penggunaan secara meluas tanah isian yang lebih murah;
- kekurangan bimbingan teknikal yang berwibawa tentang S/S;
- ketakpastian tentang ketahanan dan kadar pelepasan bahan pencemar daripada bahan-bahan yang dirawati S/S;
- pengalaman amalan buruk yang lalu dalam penggunaan proses penstabilan simen untuk melupuskan buangan pada dekad 1980-an dan 1990-an; dan
- liabiliti sisa yang berkaitan dengan bahan pencemar pegun yang tertinggal di tapak, berbanding dengan pemindahan atau penghapusan sisa.....
Jika kita jaga Alam Sekitar sekarang tentu inilah masa depan negara:
ok.....ini saje,pilih lah sedare ye,mane satu yg anda mahu....Wallahualam....
No comments:
Post a Comment